REKOD ADUAN/PERMOHONAN 2025
TAMAN HARMONI SRI MEWAH TIARA PERDANA
Kemaskini:
Rekod disusun mengikut tarikh (Jan-2025 hingga Dis-2025)
Tarikh: 7/1/2025
Daripada: Pengerusi KRT (Hj Aminuddin)
Kepada: MDSR (via SISPAA).
TIKET ID: MDSR.005347
❇️ ADUAN/MOHON:
Mohon pihak MDSR untuk mengadakan/mewujudkan tiang cermin cembung di 3
lokasi (di Jalan Harmoni 1, Harmoni 2, dan Harmoni 3 - yang mana
ketiga-tiga jalan ini bertemu dengan Jalan Sri Mewah 7) ..tujuan bagi
keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk khususnya. Keadaan cermin
cembung sedia ada telah rosak dan ada yang dicuri pihak tidak
bertanggungjawab. Kerjasama pihak MDSR saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian. - AMINUDDIN BIN HAMZAH (PENGERUSI KRT TAMAN HARMONI SRI MEWAH
TIARA PERDANA)
STATUS: SELESAI (10/1/2025) dengan 2 tiang cermin cembung baru.
Tarikh: 6/2/2025
Daripada: Pengerusi KRT (Hj Aminuddin) / Ust. Mohd Ridhuan (SRS TSM3)
Kepada: PERHILITAN Kluang
TIKET ID: tidak berkenaan.
❇️ ADUAN/MOHON: SRS
TSM3 melaporkan terdapat beberapa ekor monyet telah masuk perangkap di
Jalan Sri Mewah 7. Pengerusi KRT memohon pihak PERHILITAN untuk hadir
melupuskan hasil tangkapan mengikut prosedur.
STATUS: SELESAI (6/2/2025)
Tarikh: 9/3/2025
Daripada: orang awam (Pn. Rodiah bt Adam)
Kepada: MDSR (via SISPAA).
TIKET ID: MDSR.005391
❇️ ADUAN/MOHON: Pokok tumbang & pokok tua di Jalan Tiara 3/4 off Jalan Tiara 8/4
STATUS: SELESAI (28/3/2025)
Tarikh: 17/3/2025
Daripada: orang awam (Muhamad Mustaffa bin Mustain)
Kepada: SWM Envi
TIKET ID: 0249/03/25
❇️ ADUAN/MOHON: Terdapat
banyak sampah sarap, daun-daun kering, dan tanah/batu-batuan di dalam
longkang di bekalang rumah No. 25, 27, dan 29, Jalan Tiara 2/4, Taman
Tiara Perdana, 86200 Simpang Renggam Johor. Akibatnya saluran air tidak
sempurna dan menjadi bertakung tempat pembiakan nyamuk. Saya mohon pihak
berkuasa khususnya jentera SWM untuk lakukan kerja pembersihan / sedut
longkang di longkang tersebut.
STATUS: SELESAI (18/3/2025) sehari selepas aduan dibersihkan dan disedut segala keladak longkang oleh jentera SWM.
🌟 Link REF: http://swmresponz.swmsb.com/eaduan/esemakanENG.cfm?keyid=166695
Daripada: orang awam (Yusaini bin Wakijan)
Kepada: MDSR (Kejuruteraan)
TIKET ID: MDSR.005398
❇️ ADUAN/MOHON: Mohon pihak MDSR untuk membaikpulih 1 unit lampu jalan (tiang jenis besi) yang tidak menyala di Jalan Tiara Utama atau koordinat 1.83694295732347, 103.30078931945702 atau landmark lokasinya di hadapan rumah no. 47 Jalan Tiara 1/4 Taman Tiara Perdana.
STATUS: SELESAI (8/4/2025)
🌟 Link REF: https://bit.ly/tiara-lampu

Tarikh: 1/12/2023
Daripada: Pengerusi TTP (Yahya)
Kepada: Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi)
TIKET ID: PPMTTP/MBJ/2023/banjir
❇️ ADUAN/MOHON: Permohonan
naiktaraf jalan utama Tiara Perdana yang mendap ditenggelami banjir -
menyebabkan penduduk Tiara Perdana (Type-A) terputus hubungan ke dunia
luar.
STATUS JALAN MENDAP: MULA PROJEK (10/4/2025) SELESAI (7/5/2025) dan STATUS JALAN HINGGA KE SURAU: MULA PROJEK (27/10/2025) SELESAI (8/11/2025)
Tarikh: 13/4/2025
Daripada: orang awam MOHD SAHRI BIN IBRAHIM
Tiket Id: MDSR.005409
Kepada: MDSR (Landskap)
❇️ ADUAN/MOHON: Saya mohon pihak MDSR untuk sama ada menebang pokok besar atau membuang separuh dari ketinggian pokok besar, yang terletak di taman permainan di Jalan Harmoni 1 bersebelahan Jalan Harmoni 10. Dibimbangi ketinggian pokok itu akan patah dan menimpa kediaman di sekitar pokok, terutamanya sewaktu angin kencang. Ada pokok yang pada pangkalnya telah terkopak dan reput.
STATUS: SELESAI (29/5/2025)
Tarikh: 29/4/2025 Aminuddin bin Hamzah - Pengerusi KRT Taman Harmoni.
TIKET ID: MDSR.005423
❇️ ADUAN/MOHON: Lokasi
di Gelanggang futsal Jalan Harmoni 6. Keadaan pokok-pokok tua yang
terlalu tinggi membahayakan penduduk yang tinggal berhampiran dan
anak-anak yang bermain di Gelanggang / Taman Permainan. Masalah lain
yang timbul ialah sampah daun yang berguguran. Juga, masalah akar kayu
dari pokok besar itu yang telah menyebabkan keretakan longkang.
Gelanggang futsal ini bakal dilakukan kerja menaiktaraf dan baikpulih
oleh kontraktor lantikan MDSR dalam waktu terdekat.
STATUS: SELESAI (29/5/2025)
Tarikh: 4/5/2025
TIKET ID: MDSR.005428
NURULASIKIN BINTI AWANG KECHIK
❇️ ADUAN/MOHON: Ada kumpulan anak anjing buat kawasan LORONG BELAKANG RUMAH sebagai tempat sarang rehat dan mengganggu komuniti penduduk majoriti melayu islam di JALAN HARMONI 3 (rumah nombor genap) dan JALAN HARMONI 4 (rumah nombor ganjil). manakala ada juga sepasang induk anjing (jantan dan betina) yang sering diberi makan oleh jiran cina di JALAN HARMONI 3 (rumah nombor genap) yang sering ganggu anak-anak kecil lalu situ bermain basikal. harap tindakan pihak berkuasa yang berkenaan untuk menangkap anjing liar itu.
STATUS: Tiada tangkapan. Unit kawalan vektor MDSR akan tetap buat rondaan berjadual.
Tarikh: 14/5/2025
Daripada: awam (ROSIDAH BINTI MAULANA)
Kepada: JABATAN KESIHATAN AWAM - MDSR
TIKET ID: MDSR.005434
❇️ ADUAN/MOHON: Saya
memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk melakukan tangkapan
anjing liar yang semakin banyak berkeliaran di kawasan taman harmoni,
simpang renggam seperti yang dilampirkan. saya bimbang kumpulan anjing
ini membiak dan meggusarkan masyarakat terutamanya keselamatan anak
sekolah. gambar lampiran diambil di jalan harmoni 9 iaitu sederet tadika
perpaduan.
STATUS: Selesai - tiada tangkapan.
Tarikh: 23/7/2025
Daripada: awam (Azizah)
Kepada: Jabatan Kesihatan MDSR
TIKET ID: MDSR.005460
❇️ ADUAN/MOHON: Mohon tindakan pihak majlis daerah untuk menangkap dan melupuskan anjing liar di kawasan Taman Tiara Perdana dan kejiranan sekitarnya, kerana sekumpulan kawanan anjing liar telah 'mengerjakan' kucing di Jalan Tiara 1/4 pada hari ini 23/7/2025 jam 5.23 petang (rujuk rakaman cctv). Dibimbangi kumpulan 5-6 ekor anjing liar itu akan mencederakan anak kecil yang bermain di luar kediaman. Terima kasih
STATUS: SELESAI (25/7/2025)
Tarikh: 13/10/2025
Daripada: Pengerusi KRT (Hj Aminuddin)
Kepada: Jabatan Landskap MDSR
TIKET ID: MDSR.005544
❇️ ADUAN/MOHON: Keadaan pokok-pokok tua yang terlalu tinggi membahayakan anak-anak yang bermain di Gelanggang futsal Jalan Harmoni 6. Justeru saya mohon tindakan bahagian Landskap MDSR untuk membuat kerja memotong sebahagian dahan pokok bersebelahan gelanggang futsal tersebut. DAN menebang/buang 1 pokok tua yang telah mati - dekat tandas futsal. Sekian aduan dari saya Aminuddin bin Hamzah - Pengerusi KRT / SRS Taman Harmoni.
STATUS: SELESAI (16/10/2025)
Tarikh: 13/10/2025
Daripada: awam (Monaliza Soradi & Rodiah Adam)
Kepada: Jabatan Kesihatan MDSR
TIKET ID: MDSR.005540
❇️ ADUAN/MOHON: mohon kerjasama pihak MDSR untuk memasang perangkap anjing liar yang sering berkeliaran dan bersarang di Jalan Tiara 8/4, Taman Tiara Perdana yang bersebelahan kebun buahan tempat dia bersarang dan beranak pinak. Dibimbangi akan mencederakan anak kecil yang berbasikal atau berjalan kaki di kawasan ini. Rujuk gambar dan video terbaru hari ini (sekitar jam 6.50 pagi, 13/10/2025). Sekian.
STATUS: SELESAI (27/10/2025)












